Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Selasa, 20 September 2016

Cili Padi Thailand PERKAP Yang Terbesar Di Malaysia?


Cili Padi Thailand PERKAP Yang Terbesar Di Malaysia?

 
Cili Padi Thailand PERKAP yang terbesar di Malaysia?

Cili padi Thailand PERKAP ditanam oleh hero PERKAP Nadzmi, ditanam sekitar awal bulan Ogos 2016.

Adakah cili padi Thailand PERKAP yang ditanam menggunakan formula baja dicipta khas oleh Uncleseekers yang dipanggil 'Formula 5T' merupakan cili padi Thailand yang terbesar yang ditanam setakat ini?


Nadzmi sedang memotong cili padi Thailand PERKAP .
Panjang cili sepanjang 5 inci

Penanaman ini masih ditahap R&D dan hero-hero PERKAP sentiasa mencari formula terbaik dengan bantuan Uncleseekers dan saudara Zainal yang mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian untuk menghasilkan hasil yang terbaik.



Saudara Zainal (berdiri tengah) bersama hero-hero PERKAP.

Nadzmi sedang memegang cili padi Thailand
PERKAP yang ditanam menggunakan
formula baja '5T' hasil ciptaan sendiri

Panjang cili padi Thailand PERKAP sepanjang 5 inci.
Adakah ianya cili padi Thailand yang terbesar?

Cili Padi Thailand PERKAP diambil biji benihnya

Hero-hero PERKAP akan sentiasa menghasilkan formula baja yang terbaik dari masa ke semasa.

Semoga Tuhan memakbulkan niat hero-hero PERKAP untuk mengasilkan hasil tanaman yang bakal mencatat nama di dalam Malaysia Book Of Records

Mungkin anda mampu merealisasikan niat mereka.


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Ahad, 11 September 2016

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 5)

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 5)





Berat hati kami untuk meninggalkan Pulau Bidong. Banyak kenangan manis yang kami peroleh ketika berada disana. Berkenalan dengan para peserta 'Merdeka Dive 2016, pengalaman menyelam dan banyak lagi pengalaman yang tidak dapat kami sebutkan disini satu-persatu.

Kami tiba semula di jeti Pulau Duyong sekitar 3 petang pada 4 September 2016. Kemudian kami semua dibawa oleh Puan Noni ke sebuah restoran makanan laut disekitar Kuala Terengganu.

Kami dijamu makanan laut seperti ketam goreng, sotong goreng dan makanan lain yang sangat menyelerakan.

Terima kasih kepada Fauziah Latiff belanja kami makan makanan yang enak-enak disini.


Puan Noni membelikan kami ikan-ikan yang segar untuk kami bawa
pulang ke Janda Baik


Setelah selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Marang pula. Disini Puan Noni memberi kami 'buah tangan' untuk kami bawa balik ke Janda Baik.


Tenggiri, Sotong dan Ketam segar dibeli oleh
Puan Noni kepada kami

Ikan Tenggiri, Selar Papan dan ikan Barat,
ikan segar yang baru ditangkap oleh
nelayan
Terima kasih atas sumbangan Puan Noni untuk hero-hero PERKAP, semoga tuhan melimpahkan rezeki dan rahmat keatas puan.

Dalam perjalanan pulang, ketika kami berehat seketika di perhentian rehat Gambang, kami berjumpa semula dengan Dr. Nora.

Terima kasih kepada Puan Nora dan suami kerana belanja kami makan nasi lemak untuk kami semua.
Semoga tuhan melipat gandakan rezeki dan menganugerahkan rahmat ke atas kalian.


Hero dan pengurusan PERKAP makan bersama ketika
di R&R Gambang. Makan dibelanja oleh Dr Nora dan
suami.

Dr. Nora bersama suami

Semoga pertalian silaturrahim ini akan berpanjangan hendaknya. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang memberi sumbangan. Jasa baik kalian tidak akan kami lupakan, hanya tuhan yang mampu membalasnya.



Klik Video Untuk Tonton Video 

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 1)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 5)

Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan:

Sabtu, 10 September 2016

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)





'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' begitulah permulaan hari hero-hero PERKAP pada hari yang ke-3. Kami sama-sama bergotong-royong bersama membersihkan kawasan pulau.

Aktiviti ini bagi hero-hero PERKAP adalah perkara biasa bagi mereka kerana rutin ini sering dilakukan setiap petang membersihkan kawasan di PERKAP.


Alwee sedang membantu gotong royong membersihkan
kawasan

Hero PERKAP bekerjasama membersihkan kawasan


Hero dan pengurusan PERKAP berkumpul setelah selesai
sesi gotong-royong

Setelah selesai bergotong-royong, anak-anak PERKAP sama-sama menyiapkan sarang Lebah Kelulut yang diperbuat daripada botol terpakai. 

Kemahiran yang mereka peroleh di PERKAP, mereka gunakan untuk menyumbang kepada masyarakat pula. 

Inilah salah satu misi PERKAP iaitu segala ilmu yang dicurahkan, disumbangkan pula kepada masyarakat sekeliling dengan penuh kasih sayang.



Hero PERKAP sedang membuat sarang kelulut daripada
botol buangan

Disebelah petang pula, aktiviti kami dipenuhi dengan program pengenalan SCUBA. Ilmu ini telah dicurahkan oleh Encik Baharim selaku pengurus Pulau Bidong yang bertugas di Universiti Malaysia Terengganu dan pelatih-pelatih yang lain.

Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Baharim dan para pelatih yang telah mencurahkan ilmu kepada kami semua. Jasa baik kalian amat kami hargai.




Hero PERKAP Ijat bersedia untuk latihan menyelam

Hero PERKAP sedang mendengar taklimat ringkas sebelum
latihan menyelam dimulakan


Hero PERKAP, Syukur menunjukkan syarat tangan
'OK' sebagai simbol semuanya dalam keadaan baik.
Syarat ini digunakan oleh semua para penyelam.

Pengalaman yang berharga ini, tidak akan dilupakan
oleh semua anak-anak PERKAP

Hero PERKAP diajar tentang bagaimana
cara bernafas yang betul menggunakan
peralatan menyelam.

Hero PERKAP Faiz, teruja dengan pengalaman
pertamanya ini. Beliau berharap akan memiliki
lesen menyelam pada suatu hari nanti.


Sebagai tanda penghargaan daripada pihak Universiti Malaysia Terengganu, anak-anak PERKAP telah menerima sijil penyertaan daripada pihak universiti dan hero-hero PERKAP berharap akan dapat menyertai program ini sekali lagi pada suatu hari nanti.

Hasrat kami apabila datang ke sini sekali lagi, kami dapat memberi peluang kepada anak-anak PERKAP untuk mengambil lesen menyelam pula. 

"Seawal usia 10 tahun, anak-anak sudah boleh memiliki lesen menyelam" kata Encik Baharim memberi galakkan supaya hero-hero PERKAP memiliki lesen menyelam (SCUBA) kerana dengan lesen ini, hero-hero PERKAP dapat menyertai ekpedisi dasar laut yang bakal memberi pengalaman baru buat hero PERKAP nanti.


Hero PERKAP Ijat menerima sijil penyertaan daripada Prof.
Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad

Hero PERKAP Faiz menerima sijil penyertaan 'Merdeka Dive 2016'

Hero PERKAP Imad, menerima sijil penyertaan 'Merdeka Dive 2016'

Hero PERKAP Irfan, menerima sijil penyertaan 'Merdeka Dive 2016'

Hero PERKAP Nadzmi, menerima sijil penyertaan 'Merdeka Dive 2016'

Hero PERKAP Shukor, menerima sijil penyertaan 'Merdeka Dive 2016'

Aktiviti 'Merdeka Dive 2016' ditutup dengan acara karaoke oleh para peserta program 'Merdeka Dive 2016'. Fauziah Latiff turut menyumbang suara berduet bersama guru pembimbing hero PERKAP, Mona.


Fauziah Latiff dan guru pembimbing PERKAP, Mona sedang
menyanyi bersama ketika sesi karaoke

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan ilmu kepada kami, dan menerima kehadiran kami dengan layanan mesra kalian.

Tidak lupa kepada yang menyediakan makan-minum untuk kami selama kami berada disana. Masakan ketika disana memang sedap belaka.

Terima kasih juga kepada Fauziah Latiff (Kak Gee) yang berusaha membawa kami ke sini. Encik Baharim yang sentiasa menghiburkan kami ketika berada di sana dan juga Puan Noni yang menguruskan program 'Merdeka Dive 2016' dengan baik sekali.

Diharap kami dapat menyertai program sebegini bersama kalian sekali lagi pada masa akan datang.


Klik Video Untuk Tonton Video Hero PERKAP 
menyanyikan lagu 'We Are The World'

(Bersambung)

Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 1)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 2)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 3)
Percutian Sambil Belajar Hero PERKAP Ke Pulau Bidong Terengganu (part 4)

Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama



Artikel & Link Berkaitan: