Satu Penjelasan Tentang PERKAP (Part 1)
![]() |
Unceseekers 'Mastermind' PERKAP. Ilmu yang dikurniakan Tuhan, beliau mencari punca pendapatan untuk PERKAP (anak yatim dan pihak pengurusan) |
Akaun Bank
Dari mula PERKAP ditubuhkan bulan September 2015 sampai sekarang duit dalam akaun bank RHB sebanyak RM3,000 (wang dimasukkan untuk membuka pertubuhan) langsung tak bertambah atau berkurangan sehingga hari ini
Tajaan makanan, pakaian, peralatan sukan dan lain-lain :
Sesiapa saja yang nak buat kebaikan samada meja, kerusi, kasut, pakaian, jubah, kopiah atau apa saja
kepada hero-hero PERKAP :
1. Mereka akan terus bayar kepada pembuat (tukang jahit, tukang buat capal dan lain-lain).
![]() |
Baju yang ditempah, akan dibayar terus kepada pembuat (tukang jahit, tukang buat capal dan lain-lain). |
![]() |
Hero ini memakai baju Melayu ala pendekar kerana dijemput oleh saudara Radzi (Merah Silu) untuk memeriahkan majlis. |
2. Mereka akan bawa anak-anak ini ketempat pakaian atau kasut untuk anak-anak ini sendiri yang memilihnya seperti Fauziah Latif dan Tuan Azizan
![]() |
Tuan Harlizan membawa dan membeli kasut kepada hero PERKAP. Hero memilih kasut apa yang mereka suka. |
3. Tajaan makanan :
a) Voucher RM100, Hamper dan angpau diberikan terus kepada anak-anak ini. Tiada seorang pun dari pihak pengurusan PERKAP yang menerima tajaan dari Sri Ternak.
![]() |
Sri Ternak memberi sumbangan 'angpow' dan voucher RM100 setiap seorang. Tiada seorang pihak pengurusan PERKAP menerima tajaan Sri Ternak |
![]() |
Sri Termak memberi sumbangan hamper dan makanan kepada hero PERKAP |
b) Minuman petang (kuih, kuey teow, karipap dan lain-lain) setiap hari Jumaat yang diberi oleh empunya Saufiville sememangnya dimasak lebih oleh beliau untuk anak-anak dan juga kami atas dasar kemanusian.
c) Daging kambing yang diberikan oleh saudara Abdullah juga diberikan kepada PERKAP sekiranya terdapat hajat pelanggan yang membeli kambing darinya.
d) Buah-buahan yang diberikan buat pertama kali diberikan oleh brader Fini dari Saufiville juga bukan PERKAP yang minta.
e) Enam tin sardin dan sepeket kecil milo yang diterima hari ini kami juga tidak tahu siapa pemberinya.
f) Sumbangan kerusi meja dari ibu angkat (Puan Rehan) anak-anak ini dibeli sendiri oleh beliau. Tugas kami hanya datang ambil di Ikea Damansara dan pasang disini.
![]() |
Roni mengangkat sumbangan kerusi dan meja daripada Puan Norehan di IKEA Damansara. |
![]() |
Memasang kerusi yang disumbangkan untuk kegunaan pembelajaran hero. |
g) Aktiviti memanah , motivasi dan lain-lain adalah inisiatif daripada mentor-mentor mereka. Tiada sebarang yuran yang dikenakan oleh mereka.
Sumbangan Wang Ringgit
Sehingga hari ini tiada sesiapa dikalangan individu atau korporat yang memberi sumbangan wang ringgit SETIAP bulan kepada PERKAP.
Sumber kewangan PERKAP:
a) Saudara Effendee Atan telah buka satu akaun di ROBOFOREX dengan margin sebanyak USD5,000. Semua keuntungan hasil trade adalah untuk PERKAP.
![]() |
Saudara Effendee Atan |
![]() |
MarshallFX - akaun yang diberi oleh Effendee Atan untuk di-'trade' oleh Uncleseekers pernah mendapat #1 didalam dunia. Akaun yang Uncle trade sentiasa mendapat 'Top 20' dalam CopyFx. |
Alhamdulillah, ilmu laduni Forex yang Allah berikan kepada Uncleseekers dapat membantu perbelanjaan PERKAP.
b) Saudara Azman Mustafa selaku pengerusi telah buka satu akaun di GAFX dengan margin USD30,000. Keuntungannya dibahagi DUA dengan PERKAP
Setiap kebaikan yang diberikan samada dalam bentuk wang ringgit dan makan minum, penyumbang sendiri memberi KEBENARAN untuk beri kepada pihak pengurusan menguruskannya secara bijaksana. Syukur rahmat, tiada kezaliman yang dilakukan keatas harta anak-anak ini.
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. (Surah An-Nisa Ayat 10)
Keuntungan yang diperoleh daripada Forex setiap bulan tidaklah mewah tapi cukuplah untuk keperluan.
Kami sangat berbangga sehingga hari ini kami tidak pernah merayu, menipu atau meminta sedekah untuk makan minum disini dan bil bulanan.
Dengan kehendakNYA sebelum hujung tahun ini atau lebih awal, PERKAP akan berpindah ketempat yang baru apabila semuanya selesai...
Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com
Artikel & Link Berkaitan:
Tiada ulasan :
Catat Ulasan