Love & Compassion

OUR MISSION

• Strengthening leadership and nurturing potential on every child.
• Provide the resources necessary to ensure educational excellence and healthy living.
• Prepare and motivate every child to pursue further education through rigorous specialized curriculum and work in future and responsible to serve society with compassion
and skills.

OUR VISION

• Top number 1 in the world and national level in giving education, helping those in needs with love and compassion, supported by government and corporate leaders in the world.
• Prepare and build healthy community with love & compassion
Serve and educate community to be a top-leader in every aspect of life.

Khamis, 24 Mac 2016

Pokok Yang Ditanam, Dijirus, Dijaga Pasti Mendapat HASIL Lumayan!

Pokok Yang Ditanam, Dijirus, Dijaga Pasti Mendapat HASIL Lumayan!



Imad


Tahniah Imad! kerana prestasi pelajaran yang meningkat. Semoga keputusan akan lebih meningkat dan CEMERLANG pada masa akan datang.

Mendapat tempat PERTAMA dalam kelasnya seramai 23 orang dan tempat ke-5 antara tingkatan lima seramai 48 orang.




Keputusan UJIAN 1 - 2016



PENINGKATAN  pelajaran dahulu dan SEKARANG.
Alhamdulillah.

Semoga Berjaya!


Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 23 Mac 2016

Terima Kasih Kerana Menyumbang Ilmu Kepada Hero

Terima Kasih Kerana Menyumbang Ilmu Kepada Hero



Cikgu Sha sedang mengajar B.Inggeris


Terima kasih kepada cikgu Sha kerana mengajar hero-hero pada hari minggu yang lepas. Cikgu Sha atau dipanggil 'ibu' oleh hero-hero, meluangkan masa selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad untuk mengajar asas bahasa Inggeris kepada hero-hero.

Mereka sangat seronok dan banyak ilmu baru yang mereka pelajari.


Para tetamu dihidangkan nasi briyani ayam, puding
dan pelbagai makanan yang sedap-sedap dimasak
oleh Mona dan Adeek.



Hero makan bersama para tetamu
.

Rakan 'ibu' Sha juga turut sama menyumbang tenaga mengajar hero-hero bahasa Inggeris.



'Ibu' Sha mengajar sebutan perkataan bahasa Inggeris yang
betul

Fahim (anak saudara Adeek) sedang memperkenalkan
diri dalam bahasa Inggeris


'Abah' Faisal juga turut sama meluangkan masa bersama hero menyanyikan lagu 'We Are The World'


'Abah' Faisal (guru memanah)
menyanyi bersama hero (lagu 'We Are The World')

Hero menyanyikan lagu 'We Are The World' untuk
mempelajari vocabulary baru dalam B.Inggeris dan
cara sebutan yang betul.



Terima kasih juga kepada Wan dan rakan-rakan kerana memberi kami merasa 'Rollin Oats' yang sedap. Ramai yang memuji 'cookies' yang dipek secara 'premium'. Mereka telah memberi 10 pek kepada kami sebagai hadiah daripada mereka.




Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi terus mereka di Facebook Rollin' Oats atau menghubungi mereka ditalian 012 272 9440

Tidak lupa juga kepada WARIS ARCHERY, Bukit Mertajam kerana mewakafkan 3 busur dan 12 anak panah kepada hero.

Hero sedang mencuba busur baru yang dihadiahkan oleh
WARIS ARCHERY, Bukit Mertajam


Semoga usaha dan kebaikan kalian dirahmati Allah.








Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Selasa, 15 Mac 2016

Bercuti di Kolam Pancing Danau Serendah

Bercuti di Kolam Pancing Danau Serendah



Hero tiba di Danau Serendah

Hari Ahad (13 Mac 2016) yang lepas, hero telah dibawa ke kolam pancing Danau Serendah. Tempat yang terbaik untuk menenangkan fikiran sambil beriadah menangkap ikan.



Imad memancing di kolam Danau Serendah

Imad mengambil hasil tangkapan


Tempat yang luas, keluasannya sekitar 3.5 ekar, sentiasa menjadi kunjungan para pemancing yang inginkan hasil tangkapan yang lumayan. 

Jenis ikan yang berada didalam kolam ini seperti ikan Pacu, Rohu, Patin, Baung ekor merah , Baung Amazon , Loko emas dan Keli Afrika.

Ikan yang terbesar didalam kolam Danau Serendah ini beratnya sekitar 18-20kg.

Pertama kali hero tiba disini, mereka melepaskan niat mereka untuk menangkap ikan. Tercapai juga hasrat mereka dengan mendapat seekor ikan dan mereka sempat juga bergambar kenangan bersama hasil tangkapan yang diperoleh.



Bergambar kenangan bersama Zamri (chef di cafe Danau Serendah) dan
hasil tangkapan yang diperoleh oleh Imad.

Setelah selesai, mereka dibawa oleh bro Rahim ke dalam kawasan hutan berdekatan untuk mencari kayu untuk dibuat joran dan mencari buloh yang diraut untuk membuat rangka khemah.




Hero 'tracking' bersama bro Rahim motivator yang
mempunyai pengalaman luas tentang hutan.


Hero bergambar kenangan di kawasan air terjun
Serendah ketika mencari buloh untuk membuat
rangka khemah dan joran pancing.

Kami bukan sahaja memberi keutamaan pendidikan kepada mereka, tetapi memberi ilmu 'surviving skill' yang kian hilang oleh golongan generasi 'Gen-Y' kini.

Mereka juga diperkenalkan oleh bro Rahim bagaimana rupa bijih besi yang diperoleh di sekitar sungai berdekatan air terjun Serendah.




Bijih besi yang ditemui oleh bro Rahim & hero ketika tracking di hutan
Serendah

Ketika berada disini, hero telah diajar bagaimana mendirikan khemah dan menerapkan budaya bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu urusan.



Hero dan Adeek sama-sama membina khemah


Bro Rahim turut bantu hero membina khemah


Khemah yang telah siap menjadi tempat berehat hero


Joran kayu yang ditinggalkan telah ditarik ikan ketika hero sedang tidur. 


Konsep riadah , di kolam pancing Danau Serendah adalah daya tarikan utama yang menjadi ia antara kolam pancing yang sentiasa menjadi kunjungan para pemancing pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu.

Ikan dikolam ini tidak diberi makan oleh pihak pengurusan untuk memastikan para pemancing sentiasa mendapat hasil ketika memancing.


Kolam pancing Danau Serendah sentiasa dikunjungi
para pemancing tegar pada hari Jumaat & Sabtu

Harga yang berpatutan

Ikan disini MUDAH ditangkap kerana tidak diberi makan. Hasil tangkapan
dibawah 3kg boleh dibawa balik oleh para pemancing.


Pengunjung bergambar kenangan bersama
hasil tangkapan di Danau Serendah.

Pada waktu malam, bro Rahim telah menyediakan beberapa modul untuk menjadi pengisian ilmu ketika hero bercuti sambil belajar disini.

Antara modul yang disediakan seperti permainan gelung (problem solving) , Ujian EQ untuk mengetahui kualiti emosi hero dan beberapa modul lagi yang sempat diajar.

Matlamatnya ialah supaya hero sentiasa bersemangat mengejar cita-cita, bekerjasama dan sentiasa menjaga diri supaya tidak dirosakkan anasir negatif daripada luar.


Peralatan & Modul yang disediakan oleh bro Rahim


Minda, komunikasi dan perbuatan harus seiring.


Modul Belon - hero diajar supaya sentiasa menjaga diri
daripada serangan anasir negatif daripada luar


Permainan gelung - hero harus menyelesaikan masalah secara berkumpulan.
Target masa untuk menyelesaikan masalah ialah bawah 30 saat.


Pencapaian terbaik hero menyelesaikan masalah gelung ialah 26 saat.
Tahniah!


Ujian EQ (Emotional Quotient) yang diberi oleh bro Rahim kepada
hero.

Hero sedang menyiapkan ujian EQ yang diberi masa 5 minit
untuk menyiapkannya

Kami juga telah dihidangkan masakan istimewa yang dimasak oleh Chef Zamri iaitu 'Lobster'

Jika diluar sana, masakan ini bernilai sekitar RM300 - RM500.

Apabila ditanya, "Apakah istimewa makan di Cafe kolam pancing Danau Serendah?"

"Maggi sup yang dimasak adalah antara masakan yang istimewa yang tidak pernah ada diluar sana dan juga nasi goreng ayam" jawab ringkas oleh Chef Zamri yang pernah bekerja sebagai seorang chef di hotel suatu ketika dahulu.

Jika ada yang berminat masakan ikan Patin, Tuan Mat selaku pemilik kolam Danau Serendah sendiri akan masakkan masakan ikan Patin resepinya yang sentiasa mendapat permintaan para pengunjung ke cafe kolam Danau Serendah ini.


Tuan Mat dikenali sebagai 'Abg Mat Komando' pernah menjadi
jurulatih payung terjun selaku pemilik kolam pancing Danau Serendah,
bergambar bersama koleksi pedang Samurai kesukaannya.


'Lobster' yang menjadi hidangan istimewa hero PERKAP. Memang Sedap!

Masakan Chef Zamri selesai dimakan.

Sebelum kami hantar hero pulang ke pangkuan keluarga mereka (14 Mac 2016) , kami sempat mandi bersama di air terjun Serendah yang masih dijaga bersih oleh majlis perbandaran disini.


Bergambar kenangan di air terjun Serendah

Mandi-manda di air terjun Serendah


Bergambar kenangan bersama bro Rahim sebelum pulang
kerumah masing-masing.

Semoga hero akan lebih bersemangat mengejar cita-cita mereka, setelah mendapat 'input' berguna daripada pakar motivasi bro Rahim yang sentiasa memberi pengajaran daripada alam sekeliling.

Kami percaya ini bukanlah pertemuan terakhir mereka bersama bro Rahim , banyak lagi ilmu yang bakal diberikan. Keutamaan kami ialah hero menjadi seorang berguna suatu hari nanti.

Sebelum mengakhiri artikel kali ini, saksikan video dibawah ;




Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan:

Rabu, 9 Mac 2016

Bro Pit & The Gang Melawat Hero PERKAP

Bro Pit & The Gang Melawat Hero PERKAP




Bro Pit & the gang melawat hero PERKAP


Terima kasih tidak terhingga kepada bro Pit & 'the gang' , kerana sudi melawat hero PERKAP. Kedatangan kalian adalah doa daripada mereka semua.

Bro Pit datang daripada jauh (Pulau Pinang) , sangat menggembirakan mereka.






Bro Anwar sedang memberi penerangan jenis buah Tin
yang ditanam dikebunnya


Kemudian , kami dibawa bersama menziarahi kebun buah Tin bro Anwar berdekatan dengan resort Al-Sakinah di Janda Baik.

Banyak yang kami pelajari antaranya, buah Tin juga dikenali sebagai buah Ara dikalangan orang kita.
Terdapat 1000 spesis buah Tin berada didalam dunia. Setiap spesis buah Tin, mempunyai rasa yang berbeza.


Ijat memetik buah Tin diladang buah Tin Anwar di Janda Baik



Terdapat pelbagai khasiat buah tin. Untuk mengetahui khasiatnya klik disini




Hero berpelukan  dengan bro Anwar


Hero makan bersama dengan bro Pit & the gang
di Joey's Corner

Kehadiran Bro Pit adalah satu hadiah buat hero semua kerana mereka merindukan kasih seorang bapa. Ada kalangan hero memeluk erat bro Pit sebelum pulang.


Mereka benar rindukan kasih seorang bapa....



Mari Kita Berkongsi Membuat Kebaikan Bersama

Instagram : http://instagram.com/perkappahang
Email : perkap.pahang@gmail.com

Artikel & Link Berkaitan: